Sempat juga saya meningjau-nijau ke blog http://mutiarasayangibu.blogspot.com/p/info-info-dalam-pantang.html so tertarik dengan info ini. Jom baca :-
Jangkitan Kuman Pada Luka Dan Rahim
*****************************
Selain daripada pundi air kencing, jangkitan kuman juga boleh berlaku pada luka di bahagian kemaluan, luka oleh sebab pembedahan sesarean dan luka pada rahim iaitu luka yang berlaku apabila uri dilahirkan. Jagaan dan kebersihan pada tempat-tempat yang luka sangat penting untuk menjauhkan jangkitan kuman. Penting juga wanita meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Ini boleh dicapai melalui pemakanan yang seimbang kandungan zatnya.
Pengambilan pil vitamin perlu diteruskan supaya tahap kesihatan dapat ditingkatkan dan seterusnya boleh mengelakkan serangan kuman.
Luka pembedahan sesarean boleh dijangkiti kuman menyebabkan takungan nanah atau abcess. Wanita itu akan terasa sakit berdenyut-denyut pada luka menjadikannya merah. Takungan nanah ini perlu dibedah untuk mengeluarkan nanah. Rawatan secara dressing akan dilakukan setiap hari di samping ubat antibiotik untuk dimakan. Luka episiotomi juga boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh. Keadaan ini digelar breakdown. Kejadian ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman atau takungan nanah pada luka.
Jika ini berlaku pembedahan kecil perlu dilakukan untuk setiap hari. Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka di kemaluan.
Jangkitan kuman pada rahim juga boleh berlaku. Tanda-tanda bagi jangkitan kuman pada rahim ialah demam panas, sakit perut dan lendir yang berbau.
PENGALAMAN SAYA
********************
Nak mencelah juga dengan cerita saya boleh tak?
Izinkan laluan cerita ni ya. Saya alhamdulillah bersalin normal so penjagaannya mudah sikit berbanding operate. Make sure pad kena tukar tidak kurang 4jam sekali. Saya tidak kira dah penuh ke belum ke 4 jam WAJIB TUKAR.
Kalau dah penuh walau baru 2jam memang saya tukar juga. Ini disebabkan orang normal fakta memang kena tukar pad sekurang-kurangnya 4 jam. So saya pun buat macam tulah. Minyak gamat memang stand by letak kat luka supaya luka cepat kering. Tidak lupa juga lepas cuci miss v MESTI lap sampai kering. Bahaya jika biarkan dia sentiasa lembap dibimbangi jangkitan kuman.
Alhamdulillah dalam SET BERSALIN SHAKLEE ada SUPPLEMEN ZINC so luka memang cepat sembuh. Zinc shaklee ini membantu untuk cepatkan lupa lepas bersalin sembuh. Selain itu, supplemen Zinc ini bukan sahaja sesuai untuk ibu lepas bersalin malah bagi mereka yang lepas menjalani pembedahan juga digalakkan untuk mengambil Zinc untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka luar dan dalam.
Hubungi sy utk keterangan lanjut:
Your Shaklee Independent Distributor;
Pn.Eizan (ID 960670)
Tel/SMS/WhatsApp : 019-4178211
Email: ceriasayang87@gmail.com
Your Shaklee Independent Distributor;
Pn.Eizan (ID 960670)
Tel/SMS/WhatsApp : 019-4178211
Email: ceriasayang87@gmail.com
No comments:
Post a Comment