Pagi ni terasa ingin menulis tentang kelahiranmu IFFAH HUSNA BINTI HJ MUHAMMAD FIRDAUS. Dah lama pendam hasrat ni sebenarnya so inshaAllah akan ditunaikan pagi ini.
Alhamdulillah saat melahirkan mu dipermudahkan malahan ummi tak rasa sakit pun kerana terlalu mengantuk saat itu. Dalam hati ummi hanya mengharap bukaan cepat terbuka "Ya Fattah...Ya Fattah...Ya Fattah...
Ummi nak Iffah lahir cepat dan ummi nak tidoooooo hihi. Memang ngantuk sangat sayang. Mata ummi time push dah tak boleh nak buka, ummi nak pejam dan tidur tetapi doc suruh buka mata dan teruskan push. Abi sentiasa di sisi ummi saat tu untuk bagi kekuatan pada kita menghadapi saat manis ini sayang.
Sejam kemudian, tepat 4.31 baby comey ummi ni pun lahir. Alhamdulillah syukur kita selamat dan ummi terus tidur dengan jayanya. Sehinggakan saat jahit pun ummi rasa macam dalam mimpi. Sangat besar kuasa Allah sayang. Walaupun ummi dengar macam-macam pengalaman saat melahirkan tetapi pengalaman sendiri tak sama dengan apa yang digambarkan.
Menurut abi, Iffah menangis sekejap je masa lahir pastu terus diam dan mata celik tengok sekeliling. Sayang kecik-kecik dah nak xplore dunia ke hihi.Tengok mata saya elok je terbuka. Nampak mata hitam je hihi.
Time ni pula, Iffah dah siap mandi.Abi iqamatkan Iffah pun ummi tak tengok sebab masih dialam mimpi. Sorry sayang hanya abi yang tengak saat-saat awal sayang di dunia.
Ini pula pic Iffah masa di wad bersama ummi. Lena anak ummi tidur yea.
Tulah serba sedikit tentang kelahiran Iffah Husna Bt Hj Muhammad Firdaus yang ummi dan abi sangat sayang ni. Nanti ummi story lagi yea.
No comments:
Post a Comment