11 June 2014

Mak Mertua Nak Berfacebook

Assalamualaikum...

Malam-malam yang sepi macam ini  nak share siang tadi dah berjaya bantu Kak Chik siapkan facebook mak mertua. Erm, hebat betul mil i kan tiba-tiba nak berfacebook u. Bila nak cari profile picture, alamak susahnya sebab banyak photo dalam lappy my hubby ni takde picture mak yang sesuai.

Pemilihan profile picture penting tau. Kalau letak gambar tak cantik macam mana nak curi-curi perhatian orang hihi. Actly, mil cume nak cari kawan-kawan lamanya sebab ramai dah kawan-kawan mil yang dah ada facebook. Tulah bukan orang muda jer berfacebook, orang yang lagi berusia pun nak juga. Hebat betul penangan facebook ni macam SHAKLEE (ehhh tiba-tiba jea shaklee hihi).

Jeng-jeng tiba-tiba jumpa picture masa mak, abang dan kak ngah mengerjakan Haji 2010. Cun tak picture ini? Time ini saya belom nikah dengan abang  & abang nampak sangat kurus hihi. So nilah profile picture mil saya.



Sejujurnya saya sangat cemburu tengok picture ini sebab abang dalam usia 25 tahun dah berjaya menjadi tetamu Allah sedangkan saya??? Semoga lepas ini saya boleh pergi sana dengan abang dan family saya. Doakan tau.


 Hubungi sy utk keterangan lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor;


Pn.Eizan (ID 960670)
Tel/SMS/WhatsApp : 019-4178211
Email: ceriasayang87@gmail.com

 




09 June 2014

10 FAKTA BERSALIN

♡ 10 Fakta Tentang Bersalin ♡

ღ Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

ღ Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

ღ Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

ღ 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

ღ Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

ღ Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

ღ Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

ღ Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

ღ Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

ღ Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


NAK DAPATKAN SET BERSALIN BEST klik di sini :
http://ceriavitaminsayang.blogspot.com/2014/06/set-bersalin-shaklee.html


NOR HAIZAN BT EMBONG
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 960670
Email: ceriasayang87@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4178211
COD: SERENDAH & KAWASAN BERHAMPIRAN

08 June 2014

INVERTED NIPPLE DAN TIPS PENYUSUAN

Assalamualaikum semua. 

Apa pula inverted nipple nie? Saya pun baru tahu so saje nak share dengan anda semua.Mungkin ada yang dah biasa dengar istilah ini. Tapi bagi mommy muda macam saya mungkin ni 1st time dengar. Sebelum kahwin dulu kurang terdedah dengan isu-isu macam ni so bila dah ada anak ni barulah mula membaca dan mengkaji isu-isu penyusuan baby, kehamilan dan masalah dan macam-macam lagi.Betul tak???

Okay, inverted nipple ni sebenarnya masalah puting tenggelam. Keadaan ini biasanya mommy semua mesti terfikir tak boleh menyusukan baby secara direct. Ada sesetengah tu pula terus pam sendiri dan bagi baby minum dalam botol je. 

Sebenarnya mommy ini masih berpeluang untuk menyusukan si manja secara direct tanpa ragu. Jika niat murni anda untuk pam susu baby itu adalah niat yang sangat murni dan dont give up. 



Semoga tips di bawah ini bermanfaat dan membantu mommy yang mempunyai masalah inverted nipple:

* Lekapan yang betul
- -> Mommy perlu ingat bahawa lekapan yang betul amat penting dalam menjayakan penyusuan susu mommy sehingga anak berumur 2 tahun. Semasa menyusukan, pastikan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) juga masuk ke dalam mulut bayi. Bukan puting sahaja. Jadi setiap kali menyusukan cuba masukkan sebanyak mungkin areola ke dalam mulut bayi. Ya, ianya sesuatu yang bukan mudah tetapi lama-kelamaan bayi akan pandai menyusu

* Picagari khas untuk mengeluarkan puting
--> Kaedah ini biasanya dilakukan oleh jururawat di hospital. Puting akan ditarik keluar dengan menggunakan picagari khas tersebut. Namun kaedah ini agak menyakitkan

*Kerap pam susu
--> Apabila kita mengepam susu, puting juga akan keluar sedikit demi sedikit. Makin kerap anda menyusu, makin banyak peratus puting yang keluar

* Gunakan nipple shield
--> Pakai nipple shield semasa menyusukan anak. Ia akan membentuk puting dan memudahkan anak untuk menghisap susu

* Urutan
--> Urut payudara dari atas menghala ke puting dan berikan sedikit tekanan di bahagian puting sambil menarik keluar perlahan-lahan untuk mengelakkan tisu cedera. 



NAK DAPATKAN SET PENYUSUAN TERBAIK klik di sini:

http://ceriavitaminsayang.blogspot.com/2014/05/set-penyusuan-pilihan-ibu-bijak.html


Hope tips-tips yang saya share ini bermanfaat buat mommy yang mengalami inverted nipple. Walaupun perjalanan penyusuan mommy mungkin agak sukar, YAKINLAH usalah mommy untuk susukan anak memberi impak yang sangat baik. Kesihatan, psikologi dan minda anak juga akan terjamin.
© Vitamin Ceria Sihat | Template Designed By Blog Bingkisan Hati