18 June 2015

SEJARAH NAMA PERMATA KEDUA

Alhamdulillah tepat 19 Mei 2015, lahirlah permata kedua ummi. Syukur sangat kerana kini ummi dan abi dah dapat sepasang cahaya mata. Iffah Husna dah jadi kakak. Setelah seminggu berkoloborasi dengan hubby tercinta macam-macam nama yang kami cadangkan untuk permata kedua. Nak tau???

Muhammad Furqan
   Muhammad Izz Hariz
   Muhammad Izz Hafiz

Tup..tup..balik dari pejabat pendaftaran tiba-tiba abi cakap nama permata kedua ummi Muhammad Izz Hadif Bin Muhammad Firdaus. Izz bermaksud kekuatan dan Hadif bermaksud yang bermatlamat. Semoga Muhammad Izz Hadif menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia akhirat. Selesai 1 tanggungjawab ummi dan abi memberi nama terbaik buat permata kedua kami.

Persamaan Izz dan Iffah :-

* Lahir pada hari yang sama, SELASA
* Lahir waktu petang, Iffah (4.31 pm) & Izz ( 3.58 pm)
* Lahir  di Hospital Selayang, Selangor










No comments:

Post a Comment

© Vitamin Ceria Sihat | Template Designed By Blog Bingkisan Hati