Showing posts with label ILMU. Show all posts
Showing posts with label ILMU. Show all posts

08 January 2015

FAKTA AMALAN GENDONG BAYI

Fakta menarik tentang amalan gendong bayi
Mana larat dukung dengan tangan lama-lama kan
Alat gendong yg baik dapat kurangkan rasa beban dan lenguh.

PENGEDAR SHAKLEE
019-4178211
PN. EIZAN

07 January 2015

TIPS HILANGKAN KERAK SUSU PADAH LIDAH BABY

Baby selalu kena kerak susu pada lidah mereka. Kadang- kadang dah terlampau banyak baru ibu-ibu sedar.

Erm...mari kita ikhtiar cara ini untuk bantu baby kita hilangkan kerak susu di lidah mereka.

- Gunakan napkin shj
   Lembapkan napkin baby dgn air suam     dan gosok pada lidah baby anda slow2.

- Madu
  Sapukan madu pada lidah baby anda slow2. InshaAllah nnt hilang

- Beli alat ini di farmasi hihi

* Kerak susu ni kalau dah terlalu tebal agak merbahaya bila dilap dengan napkin. So ibu-ibu berhati- hati tau.

Pengedar shaklee
019-4178211
Pn. Eizan


25 August 2014

SIMPTOM-SIMPTOM RAHIM JATUH DAN CARA MENGETAHUINYA


Adakah rahim wanita boleh jatuh? Apakah simptom-simptom rahim jatuh dan cara mengetahuinya? Bagi mengupas isu ini saya ingin mengajak kaum hawa sekalian jom kita check dahulu rahim kita sama ada rahim jatuh atau pun tidak dengan kaedah ini berikut :

Jom ikuti langkah-langkah dibawah dan sila baring.
1. baring lurus. jangan gunakan bantal. 
2. sapu minyak gamat / minyak serai / minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.
3. gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5. urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. bernafas seperti biasa. cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun. 
7. kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil.. confirm... peranakan anda dan jatuh.

Antara simptom-simptom untuk mengetahui rahim anda jatuh adalah seperti berikut :
* Terasa keluarnya sesuatu dari bahagian faraj
*  Terdapat ketulan pada faraj
* Sakit pada bahagian pelvis atau ari-ari
* Sukar melakukan hubungan seks
* Sukar membuang air kecil dan besar
* Sakit belakang
* Pendarahan faraj selepas menopous

Masalah rahim jatuh ini perlu dipandang serius oleh kaum wanita. Terutamanya bagi wanita yang sudah berkahwin. Hal ini disebabkan masalah rahim jatuh yang teruk boleh mengganggu hubungan seksual anda dengan pasangan. Bukan itu sahaja apabila masalah ini berlaku anda mungkin mengalami masalah sukar mengawal pundi kencing. 

Oleh itu, mari kita sama-sama menjaga ASET WANITA yang sangat hebat ini. Sekiranya ingin mendapatkan SET VITAMIN CINTA SHAKLEE yang mampu membangkitkan keghairahan anda dan pasangan boleh klik di sini.

Hubungi sy utk keterangan lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor;
Pn.Eizan (ID 960670)
Tel/SMS/WhatsApp : 019-4178211
Email: ceriasayang87@gmail.com




21 August 2014

Hukum Tafakkur & Berkabung

Hukum Tafakkur Dan Berkabung

Submitted by FatwaMalaysia on 21 August 2014 - 8:31am

Akidah

ISU:

Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

PENJELASAN:

Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)

Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.

Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).

Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidakl
ah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an.

Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.

Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.

Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.

Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662
Wallahu a'lam.

22 July 2014

KETAHUI KENAPA KAUM CINA SERING BERJAYA DALAM PERNIAGAAN

Masyarakat Cina sememangnya begitu terkenal dengan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bukan hanya masyarakat Cina di negara kita, malah boleh dikatakan hampir di seluruh dunia kita dapat melihat masyarakat Cina memonopoli bidang perniagaan. Produk-produk yang terdapat di pasaran hari ini juga kebanyakkannya datang dari negara Tembok Besar itu termasuklah barang-barang keperluan rumah, tekstil dan pakaian, serta peralatan-peralatan IT terkini. Mereka juga mampu untuk menjadikan sesuatu perniagaan yang bermula hanya dengan kecil-kecilan menjadi lebih maju dan luas. Pendek kata, keistimewaan kaum Cina ini adalah daripada aspek strategi mereka menjalankan perniagaan tersebut. Hal ini turut menjadikan kaum Cina dipandang begitu tinggi kerana mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri dalam menjalankan sesuatu perniagaan yang mereka ceburi.
Apabila dikaji secara mendalam, apa yang dapat dirumuskan adalah kemahiran dalam perniagaan atau bisnes bukanlah suatu keistimewaan yang hanya boleh didapati bagi sesuatu kaum. Tetapi kemahiran tersebut sememangnya boleh dipelajari.
Pegangan Masyarakat Cina dalam Perniagaan
Masyarakat Cina mempunyai pegangan yang tersendiri dalam usaha memajukan perniagaan mereka. Pegangan mereka ini begitu kuat sehingga mereka akan cuba melaksanakan segala apa yang termampu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dalam bisnes yang dijalankan. Berikut merupakan tujuh pegangan masyarakat Cina dalam aspek bisnes atau perniagaan :
  1. Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas
  2. Jimat, jika tidak akan membazir modal
  3. Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari
  4. Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang
  5. Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan pergaduhan
  6. Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang
  7. Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esokKetujuh-tujuh ini juga merupakan peribahasa masyarakat Cina tentang perniagaan dan bisnes. Sekiranya kita meneliti ketujuh-tujuh aspek ini, dapat disimpulkan bahawa sikap menjadi kunci utama kejayaan mereka dalam perniagaan. Sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas kepada rahsia kejayaan mereka selama ini.

Perniagaan Adalah Satu Seni
Apa yang lebih menarik lagi, masyarakat Cina turut menganggap bisnes merupakan satu seni. Memetik satu falsafah masyarakat Cina yang berbunyi, ‘dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan mendatang.’ Falsafah ini begitu popular dalam kalangan mereka. Mereka turut menyamakan perniagaan atau bisnes dengan seni kungfu yang digunakan untuk mempertahankan diri. Mengapa? Dunia bisnes memerlukan kita untuk bersedia bagi menghadapi segala rintangan dan masalah yang tidak dijangka. Begitu juga dengan seni kungfu. Mempelajari seni kungfu adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman yang mendatang. Maka, daripada sinilah timbulnya istilah seni bisnes atau seni perniagaan bagi masyarakat Cina. Terdapat beberapa tip penting yang membahaskan tentang seni perniagaan masyarakat Cina, anataranya ialah :
  • Seni berniaga adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarimya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.
  • Peniaga perlu bersikap ringan tulang, ramah serta menjadikan pelanggan sebagai saudara rapat atau sebagai seorang sahabat.
  • Seseorang peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.

Untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam perniagaan dan bisnes, mereka selalunya tidak kedekut untuk mengeluarkan perbelanjaan asalkan dapat menarik dan meyakinkan hati pelanggan. Bagi mereka, pelanggan yang akan membantu mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan. Antara petua yang mereka selalu amalkan dalam perniagaan adalah ‘menjadi peniaga yang mudah dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet.’ Disebabkan petua ini juga, mereka begitu gigih dan bersungguh-sungguh untuk menarik hati pelanggan dan menjaga pelanggan yang sedia ada dengan sebaik-baiknya. Bagi mereka juga, dalam perniagaan perlu ada nilai-nilai kemanusiaan, elemen kebajikan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan peniaga adalah diibaratkan seperti hamba yang berkhidmat kepada tuannya.
Selain itu, masyarakat Cina turut menekankan beberapa ciri-ciri seorang peniaga yang perlu ada dalam diri mereka. Bisnes atau perniagaan tidak akan menjadi satu seni sekiranya ciri-ciri ini tidak ada dalam diri mereka. Antara ciri-ciri tersebut adalah :
  • Sabar
  • Tidak mudah putus asa
  • Pandai merebut peluang
  • Mempunyai perhubungan awam yang baik
  • Berpandangan jauh
  • Berpegang pada janji
  • Berupaya meyakinkan pelanggan semasa menguruskan perniagaan
  • Memiliki daya tahan dan semangat juang yang tinggi
  • Tidak suka menunggu kerana peluang tidak pernah menunggu mereka

Ciri-ciri ini perlu ada dalam diri setiap peniaga yang ingin memastikan perniagaan mereka dapat berkembang maju. Apa yang disenaraikan ini juga adalah merupakan satu jalan yang boleh diguna pakai dalam strategi seseorang peniaga untuk menarik lebih banyak kepercayaan dan keyakinan para pelanggan terhadap bisnes yang dijalankan. Apabila pelanggan semakin ramai, maka sudah tentu untung yang lebih besar juga turut menanti.
Konsep Berniaga yang Diamalkan oleh Kaum Cina
Kaum Cina mensasarkan matlamat dan tujuan tertentu dalam perniagaan mereka. Bagi memastikan matlamat mereka tercapai, mereka akan saling bantu-mambantu antara satu sama lain khususnya sesama masyarakat Cina. Konsep perniagaan orang Cina adalah berasaskan prinsip simbiosis iaitu mereka sebagai peniaga saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Contoh, sekiranya ada peniaga Cina yang menjual barangan runcit, maka peniaga Cina yang lain akan menjual barangan basah seperti ikan, daging dan ayam serta barangan keperluan yang lain. Mereka turut bijak mengambil peluang dengan membuka restoran di kawasan tersebut dan akan mendapatkan barang-barang keperluan untuk memasak daripada kedai-kedai yang telah sedia ada di sekitar kawasan tersebut. Secara tidak langsung, peluang yang mereka ambil ini akan menjadikan perniagaan di kawasan tersebut berkembang kerana adanya sokongan yang kuat dalam kalangan peniaga di kawasan tersebut. Apabila hal ini terjadi, perniagaan masing-masing akan lebih mudah berkembang dan tidak mudah untuk gulung tikar.
Terdapat satu fakta menarik tentang konsep perniagaan orang Cina yang perlu kita ketahui. Suku Hailam merupakan suku terakhir yang masuk ke Tanah Melayu satu ketika dahulu. Apabila mereka sampai, mereka melihat banyak bidang perniagaan yang sudah diterokai oleh suku-suku Cina yang datang lebih awal. Maka mereka menceburkan diri dengan mengambil peluang membuka kedai kopi yang mana ketika itu belum diterokai secara meluas oleh suku-suku Cina yang lain. Mereka turut mempelbagaikan menu mereka dengan memperkenalkan roti bakar dan nasi ayam Hainan. Akhirnya, perniagaan ini kekal sehingga ke hari ini dan semakin meluas dari hari ke hari.
Dalam satu kajian terhadap sebuah buku yang bertajuk Rahsia Bisnes Orang Cina hasil karya Ann Wan Seng ada menyatakan bahawa masyarakat Cina tidak memandang rendah kepada mana-mana orang yang gagal dalam perniagaan dan mereka memandang tinggi kepada sesiapa yang hendak berusaha dan selalu memberi galakan serta peluang kepada sesiapa yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan. Ini membuktikan, bahawa mereka langsung tidak mengenal erti putus asa dan erti kegagalan dalam bisnes yang dijalankan sebaliknya hanya memandang kehadapan tanpa menoleh lagi kebelakang. Maka tidak hairanlah pada hari ini kita dapat melihat lapangan perniagaan di negara kita majoriti besar dikuasai oleh masyarakat Cina.
## admin rasa mana yang baguih tu kita amalkan...tinggal lagi kita sebagai muslim sejati wajib beriman dan yakin dengan redho Ilahi...amalkanlah Doa.Usaha .Ikhtiar .Tawakkal...INSHA'ALLAH man jadda wajada.

copy from http://wannorisk.blogspot.com/2012/04/ketahui-kenapa-kaum-cina-sering-berjaya.html?showComment=1406088722967#c7975489235927533757

13 July 2014

CARA TINGKATKAN SUSU IBU

Assalamualaikum semua.

Entry ini fokusnya membantu ibu-ibu memahami konsep sebenar dlm usaha meningkatkan penghasilan susu ibu.So saya akan story tentang cara tingkatkan susu ibu.

Makan supplement pun tak boleh juga tanpa memahami konsep ini.So saya bantu anda untuk anda lebih faham konsep atau cara tingkatkan susu ibu .

InshaAllah anda akan teruja menyusukan baby & bangga mengamalkan set penyusuan shaklee sebagai pemudah cara.
CARA TINGKATKAN SUSU IBU
1- Konsep penyusuan yg betul 
Sebaiknya setiap 2 jam susukan baby.Make sure baby isap dengan cara yg betul tau. kalau baby tidur lebih 3 jam kejut je bg minum susu.

2- Elakkan payudara bengkak
Fuh sakit kot bila dah bengkak nanti.Tak yah tunggu ye klu tidak penuh pun tp bila baby isap mmg sure ada susu utk baby.Yakin la tanpa was- was.

3-Fix dan kerapkan masa mengepam
Pam setiap kali lepas susukan baby supaya payudara memang kosong.Seeloknya setiap 3 jam @ 8x sehari. Pam waktu mlm dgn kerapboleh tingkatkan penghasilan susu yg byk krn hormon prolaction dirembeskan

4- Jaga pemakanan
Make sure ambil makanan yg berkhasiat.Banyakkan minum air terutamanya air suam.Sekurang-kurangnya 3liter sehari.

5-Yakin & tetap bersemangat.
Susu akan berkurang jika anda tidak yakin dan stress.So dapatkan rehat yg cukup dan yakin pd kemampuan diri.

6- Sentiasa positif
Jika ibu- ibu ambil vitamin B yg lengkap inshaAllah ibu-ivu akan lebih cool dan positif.Terutamanya B complex shaklee.Kajian jg membuktikan vitamin B mampu membantu ibu-ibu nampak lebih anggun dan bergaya.



Hubungi sy utk keterangan lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor;
Pn.Eizan (ID 960670)
Tel/SMS/WhatsApp : 019-4178211
Email: ceriasayang87@gmail.com


20 June 2014

Tak Nak vs Tak Boleh Nak

Assalamualaikum semua..

Agak lama tak menulis nie.Bukan tidak ada masa, tapi cari masa. Haa bunyi macam nak sama tu tapi membawa maksud yg sgt berbeza.

Macamlah kawan- kawan yg nak kurus tu juga. Impian nak kurus cara pengambilan makan macam nak  gemuk jer. Bila tanya tak kurus ker? Bukan tak nak tp tak boleh nak halang diri dari makan.

Erm...kalau dah empunya tubuh sendiri tak control, mustahil pula pengedar produk yg harus dipersalahkan. Betul tak???

Okey, sy tanya nie anda betul2  ni, nak kurus tak?

Nak kurus tak??

Apa??????

Haa...dengar dah hati anda paling dalam kata nak. Alhamdulillah,  nak pun turunkan berat badan. Fuh, nak jawab pun malu ker hihi.

Jika anda memang nak kurus, nak atau tidak anda mesti control makan dan set mind TAK NAK pada makanan berkalori tinggi. Ingat TAK NAK MAKAN.

Awas !!!! Jik anda set mind TAK BOLEH NAK MAKAN sebab ayat ini dan impian ini tidak sekukuh tak nak. Tak boleh nak adalah keinginan yg masih goyak dan tidak mantap.

So kalau nak kurus set mind dan tanamkan dalam diri TAK NAK pada makanan yg berisiko untuk gemuk.No...no...no...

Ingat ia akan jadi mental, movie anda dan akhirnya anda mampu untuk realisasikan impian.

Jom sy bantu anda lagi dengan dapatkan set slimming shaklee yg sgt  TERKENAL, TERLARIS & TERBAIK .


Hubungi sy utk keterangan lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor;


Pn.Eizan (ID 960670)
Tel/SMS/WhatsApp : 019-4178211
Email: ceriasayang87@gmail.com

14 June 2014

10 TANDA HUBUNGAN RENTAK

Kita dan pasangan adalah dua insan yang dinamik dan tidak bersifat statik. Dalam mengharungi badai rumah tangga adakalanya tingkah laku kita menjadi punca keretakkan hubungan kita dan pasangan. Usah mencari salah siapa dalam mencari penyelesaian sebaliknya koreksi diri masing-masing. 

Ingatlah HATI kita yang satu itu pun kadang kala sukar untuk kita fahami inikan pula hati satu lagi yang milik insan lain???

Perhubungan bukanlah sesuatu yang mudah dan harus dipermudahkan. Sebaliknya ia juga bukanlah sukar sehingga menakutkan. 

Jom kita lihat 10 tanda-tanda hubungan cinta yang semakin hambar.

  • Semakin Kurang Menghubungi
  • Tidak Berbual Tentang Masa Depan
  • Tiada Usaha Menyelamatkan Perhubungan
  • Gunakan Keburukan Untuk Mengeruhkan Keadaan
  • Bercakap Perkara Yang Boleh Mendatangan Kemarahan
  • Pergaduhan Di Tempat Awam
  • Belajar Berdikari
  • Simpan Rahsia
  • Kurangnya komunikasi dua hala dengan pasangan. Kadang-kadang sehingga membawa kepada keengganan untuk berbicara antara satu sama yang lain. Banyak berahsia.
  • Lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan atau kerja berbanding dengan pasangan.
Bersama kita hindari dan cari jalan terbaik jika tanda-tanda ini telah mula bersarang dalam hubungan kita. Salam ceria dan bahagia dari saya. Sekiranya inginkan VITAMIN CINTA dari shaklee boleh hubungi saya. Siap OFFER LAGI BULAN NIE.



Hubungi sy utk keterangan lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor;


Pn.Eizan (ID 960670)
Tel/SMS/WhatsApp : 019-4178211
Email: ceriasayang87@gmail.com

12 June 2014

7 TANDA SI MANJA ANDA CERGAS



INFO Storage Bags

Tahukah ibu-ibu kenapa beg plastik lebih sesuai menyimpan susu ibu berbanding penyimpanan kaca?

Kajian menunjukkan sel darah putih mungkin akan melekat pd bekas penyimpanan kaca dan tidak pada plastik. So itulah alasannya beg paltik adalah pilihan yang terbaik untuk menyimpan susu ibu!

Anda ingin menambahkan penghasilan susu? klik link ini

http://ceriavitaminsayang.blogspot.com/2014/05/set-penyusuan-pilihan-ibu-bijak.html

NOR HAIZAN BT EMBONG
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 960670
Email: ceriasayang87@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4178211
COD: SERENDAH & KAWASAN BERHAMPIRAN

04 June 2014

KEMBARA TRIMESTER PERTAMA (minggu 1 - minggu 5)

Assalamualaikum semua.

Tahniah buat pasangan yang baru mendapat berita gembira nie "Isteri encik HAMIL!!". Jom kita belajar dan mengetahui pergembaraan sang bayi bermula dari minggu pertama hingga ke minggu dua belas.

MINGGU PERTAMA
*****************
Saat pertama telur disenyawakan ibu-ibu semua tidak akan period lagi. SEkurang-kurangnya 20,000 sperma yang berjuang sehabis baik untuk bergelar 'JUARA' bertemu dengan telur si ibu. Normally, ibu-ibu boleh lihat perbezan payu dara berubah sedikit, benjol dan lembut, mual, sensitif pada bau-bauan.

INGATAN : Asid Folic mesti diambil secara konsisten untuk penghasilan sel darah merah dan mengelakkan kecacatan janin. (Set Hamil Shaklee : asid folic ada di dalam B Complex)

MINGGU KEDUA
***************
Uterus (dinding rahim) menebal dan bersiap untuk tahap ovulasi.Ovulasi ni ovari nak bebaska telurnya.

INGATAN : Saat ini pengambilan asid forlic, zat besi dan kalsium termasuk beberapa nutrien penting untuk memastikan bayi sihat.

MINGGU KETIGA
***************
Ini adalah time ovulasi dan saat ini kehamilan terjadi. Selepas pesenyawaan maka pengembaraan seterusnya dipanggil Biastocyst. Biastocys akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya dalam rahim.Tempoh 12 hingga 24 jam telur akan disenyawakan.

INGATAN : Saat ini amat penting anda mengambil kalsium. Anataranya susu dan keju. (Tak minum susu tak pa sebab kalsium shaklee bebentuk pil yang dikenali sebagai Ostematrik.)

MINGGU KEEMPAT
*****************
Saat ini dikenali sebagi embrio. Saiznya kira-kira 1/4 inci panjang  sahaja. Akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantung akan mengepam darah ke hati dan oarta.

INGATAN : Senaman sudah perlu dilakukan bagi menghilangkan rasa tidak selesa seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan

MINGGU KELIMA
***************
Saat ini embrio seakan-akan menyerupai berudu. Jantungnya mula berdegup sendiri, plasenta dan tali pusat mula berfungsi. Kiraan degupan jantung bayi 150 seminit dan ia lebih laju dari kita orang dewasa ya. Buah pinggang dan hatinya mulai membesar.kaki bayi dan lengannya juga terbentuk disaat ini.

INGATAN : Suhu badan anda make sure tidak terlalu panas bagi mengelak kecacatan bayi. So semua aktiviti sauna, jakuzi dan perkara yang boleh meningkatkan suhu badan perlu dielakkan.

Alamak, my baby dah bangun plak dari lena. So, nanti saya continue lagi bab ini dalam entry berikutnya. Bahaya pula biarkan si manja ni mengembara sorang-sorang. Maklumalah baru pandai berjalan hihi...

Mommy to be sekalian tunggu ye next entry about trimester pertama dari saya yea...

Hubungi sy utk keterangan lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor;
Pn.Eizan (ID 960670)
Tel/SMS/WhatsApp : 019-4178211
Email: ceriasayang87@gmail.com





24 May 2014

Kalimah Hebat

8 jenis makanan yg paling baik mencegah penyakit

[\]الرمان delima
[\]الروب yogurt
[\]الثوم bawang putih
[\]البصلbawang besar
[\]الشاي الأخضرteh hijau
[\]الشوفان oat
[\]القرع labu
[\]البروكليbrokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit
1) الكلام الكثير .banyak bercakap
2) النوم الكثير .banyak tidur
3) الأكل الكثير .banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan
1) الهم .dukacita
2) الحزن .sedih
3) الجوع .kebulur
4) السهر .tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
Empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى .taqwa
2) الوفاء .jujur
3) الكرم .pemurah
4) المروءة .jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki
1) قيام الليل .qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة .biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخره.berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق empat perkara menjauhkan rezeki
1) tidur waktu pagi
2) Sedikit bersolat
3) Malas
Kalau anda kagum dgn kalimah2 ini jgn kedekut untuk sebarkan
© Vitamin Ceria Sihat | Template Designed By Blog Bingkisan Hati