Showing posts with label TIPS PENYUSUAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS PENYUSUAN. Show all posts

05 January 2015

TIPS CARA MENAMBAH SUSU BADAN

 Disini saya kongsikan tips bagaimana cara  untuk menambah susu badan.



Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.  Antaranya ialah:

Lobak putih
- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering

- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma

- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu

Pucuk betik/Betik muda
- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba/Fenugreek
- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa/murunggai/pokok kelor
- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang
- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun cekur manis/pucuk manis
- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

Kacang soya
- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.


Pengambilan Air
- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang
- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi
Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam
- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Doa
- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.
Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu,jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

Kredit to marisa shope full

Berminat untuk dapatkan MILK BOOSTER HEBAT:  ESP + ALFALFA boleh hubungi : 019-4178211 (Pn. Eizan)

JAMINAN FREE konsultasi berterusan selepas belian

04 January 2015

FOREMILK VS HINDMILK

Biasa kita dengar orang tua-tua selalu cakap nak susukan bayi susukan belah kanan dulu. Sebabnya susu belah kanan tu adalah nasi dan belah kiri tu adalah air. So bagi bayi makan dulu barulah bagi dia minum air. 

Ye ke sebab tu kita perlu susukan bayi belah kanan dulu??? confius lah dengan fakta ni. 




SubhanAllah, sebenarnya Allah ciptakan breastmilk di kedua-dua belah breast diawali dengan foremilk (susu yg lebih cair ibarat air untuk bayi untuk menghilangkan dahaga bayi di awal penyusuan)
dan kmudian akan terhasil pula hindmilk (susu yg lebih pekat ibarat makanan kpd bayi untuk
mengenyangkan bayi di akhir penyusuan).

Tiada beza komposisi susu antara kedua belah breasts, dua-dua mempunyai "air" dan "nasi".


HEBATKAN CIPTAAN ALLAH!!!

Memang elok pun kita mulakan apa-apa dengan sebelah kanan dulu :)

Berminat untuk dapatkan MILK BOOSTER HEBAT:  ESP + ALFALFA boleh hubungi : 019-4178211 (Pn. Eizan)

JAMINAN FREE konsultasi berterusan selepas belian

13 July 2014

CARA TINGKATKAN SUSU IBU

Assalamualaikum semua.

Entry ini fokusnya membantu ibu-ibu memahami konsep sebenar dlm usaha meningkatkan penghasilan susu ibu.So saya akan story tentang cara tingkatkan susu ibu.

Makan supplement pun tak boleh juga tanpa memahami konsep ini.So saya bantu anda untuk anda lebih faham konsep atau cara tingkatkan susu ibu .

InshaAllah anda akan teruja menyusukan baby & bangga mengamalkan set penyusuan shaklee sebagai pemudah cara.
CARA TINGKATKAN SUSU IBU
1- Konsep penyusuan yg betul 
Sebaiknya setiap 2 jam susukan baby.Make sure baby isap dengan cara yg betul tau. kalau baby tidur lebih 3 jam kejut je bg minum susu.

2- Elakkan payudara bengkak
Fuh sakit kot bila dah bengkak nanti.Tak yah tunggu ye klu tidak penuh pun tp bila baby isap mmg sure ada susu utk baby.Yakin la tanpa was- was.

3-Fix dan kerapkan masa mengepam
Pam setiap kali lepas susukan baby supaya payudara memang kosong.Seeloknya setiap 3 jam @ 8x sehari. Pam waktu mlm dgn kerapboleh tingkatkan penghasilan susu yg byk krn hormon prolaction dirembeskan

4- Jaga pemakanan
Make sure ambil makanan yg berkhasiat.Banyakkan minum air terutamanya air suam.Sekurang-kurangnya 3liter sehari.

5-Yakin & tetap bersemangat.
Susu akan berkurang jika anda tidak yakin dan stress.So dapatkan rehat yg cukup dan yakin pd kemampuan diri.

6- Sentiasa positif
Jika ibu- ibu ambil vitamin B yg lengkap inshaAllah ibu-ivu akan lebih cool dan positif.Terutamanya B complex shaklee.Kajian jg membuktikan vitamin B mampu membantu ibu-ibu nampak lebih anggun dan bergaya.



Hubungi sy utk keterangan lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor;
Pn.Eizan (ID 960670)
Tel/SMS/WhatsApp : 019-4178211
Email: ceriasayang87@gmail.com


12 June 2014

INFO Storage Bags

Tahukah ibu-ibu kenapa beg plastik lebih sesuai menyimpan susu ibu berbanding penyimpanan kaca?

Kajian menunjukkan sel darah putih mungkin akan melekat pd bekas penyimpanan kaca dan tidak pada plastik. So itulah alasannya beg paltik adalah pilihan yang terbaik untuk menyimpan susu ibu!

Anda ingin menambahkan penghasilan susu? klik link ini

http://ceriavitaminsayang.blogspot.com/2014/05/set-penyusuan-pilihan-ibu-bijak.html

NOR HAIZAN BT EMBONG
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 960670
Email: ceriasayang87@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4178211
COD: SERENDAH & KAWASAN BERHAMPIRAN

08 June 2014

INVERTED NIPPLE DAN TIPS PENYUSUAN

Assalamualaikum semua. 

Apa pula inverted nipple nie? Saya pun baru tahu so saje nak share dengan anda semua.Mungkin ada yang dah biasa dengar istilah ini. Tapi bagi mommy muda macam saya mungkin ni 1st time dengar. Sebelum kahwin dulu kurang terdedah dengan isu-isu macam ni so bila dah ada anak ni barulah mula membaca dan mengkaji isu-isu penyusuan baby, kehamilan dan masalah dan macam-macam lagi.Betul tak???

Okay, inverted nipple ni sebenarnya masalah puting tenggelam. Keadaan ini biasanya mommy semua mesti terfikir tak boleh menyusukan baby secara direct. Ada sesetengah tu pula terus pam sendiri dan bagi baby minum dalam botol je. 

Sebenarnya mommy ini masih berpeluang untuk menyusukan si manja secara direct tanpa ragu. Jika niat murni anda untuk pam susu baby itu adalah niat yang sangat murni dan dont give up. 



Semoga tips di bawah ini bermanfaat dan membantu mommy yang mempunyai masalah inverted nipple:

* Lekapan yang betul
- -> Mommy perlu ingat bahawa lekapan yang betul amat penting dalam menjayakan penyusuan susu mommy sehingga anak berumur 2 tahun. Semasa menyusukan, pastikan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) juga masuk ke dalam mulut bayi. Bukan puting sahaja. Jadi setiap kali menyusukan cuba masukkan sebanyak mungkin areola ke dalam mulut bayi. Ya, ianya sesuatu yang bukan mudah tetapi lama-kelamaan bayi akan pandai menyusu

* Picagari khas untuk mengeluarkan puting
--> Kaedah ini biasanya dilakukan oleh jururawat di hospital. Puting akan ditarik keluar dengan menggunakan picagari khas tersebut. Namun kaedah ini agak menyakitkan

*Kerap pam susu
--> Apabila kita mengepam susu, puting juga akan keluar sedikit demi sedikit. Makin kerap anda menyusu, makin banyak peratus puting yang keluar

* Gunakan nipple shield
--> Pakai nipple shield semasa menyusukan anak. Ia akan membentuk puting dan memudahkan anak untuk menghisap susu

* Urutan
--> Urut payudara dari atas menghala ke puting dan berikan sedikit tekanan di bahagian puting sambil menarik keluar perlahan-lahan untuk mengelakkan tisu cedera. 



NAK DAPATKAN SET PENYUSUAN TERBAIK klik di sini:

http://ceriavitaminsayang.blogspot.com/2014/05/set-penyusuan-pilihan-ibu-bijak.html


Hope tips-tips yang saya share ini bermanfaat buat mommy yang mengalami inverted nipple. Walaupun perjalanan penyusuan mommy mungkin agak sukar, YAKINLAH usalah mommy untuk susukan anak memberi impak yang sangat baik. Kesihatan, psikologi dan minda anak juga akan terjamin.
© Vitamin Ceria Sihat | Template Designed By Blog Bingkisan Hati