Showing posts with label ZINC. Show all posts
Showing posts with label ZINC. Show all posts

07 January 2015

LUKA BERSALIN NAK CEPAT SEMBUH

LUKA BERSALIN NAK CEPAT SEMBUH adalah keinginan semua wanita selepas bersalin betul x???

Mari kite dengar soalan hari ini.

[Soalan Cust]

Salam... Leh tau vitamin yg mane satu tuk cepatkn luka bawah selepas bersalin? Xtahan sakit, dh lebh seminggu..

[Jawapan]
Boleh try zinc shaklee yg ternyata mempercepatkan luka sembuh.

 Zinc shaklee boleh dimakan dan jika dihancurkan dan letak ditempat luka juga tiada masalah.

Sebab itulh set bersalin shaklee termasuk zink shaklee

Pengedar shaklee
019-4178211
Pn. Eizan

12 June 2014

ZINC SHAKLEE





Antara lain fungsi dan kebaikan Zinc Complex Shaklee adalah seperti berikut :
  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau acne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan. 
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zinc di dalam badan. Zincmemainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna. 
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zincmenyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zinc membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.
  • Kanser: Bagi lelaki, zinc memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zinc. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zinc perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata.
credit : mamafaiz.com


 Hubungi sy utk keterangan lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor;


Pn.Eizan (ID 960670)
Tel/SMS/WhatsApp : 019-4178211
Email: ceriasayang87@gmail.com

JAGA LUKA LEPAS BERSALIN

 Assalamualaikum..

Sempat juga saya meningjau-nijau ke blog http://mutiarasayangibu.blogspot.com/p/info-info-dalam-pantang.html so tertarik dengan info ini. Jom baca :-
 
Jangkitan Kuman Pada Luka Dan Rahim
*****************************
Selain daripada pundi air kencing, jangkitan kuman juga boleh berlaku pada luka di bahagian kemaluan, luka oleh sebab pembedahan sesarean dan luka pada rahim iaitu luka yang berlaku apabila uri dilahirkan. Jagaan dan kebersihan pada tempat-tempat yang luka sangat penting untuk menjauhkan jangkitan kuman. Penting juga wanita meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Ini boleh dicapai melalui pemakanan yang seimbang kandungan zatnya.

Pengambilan pil vitamin perlu diteruskan supaya tahap kesihatan dapat ditingkatkan dan seterusnya boleh mengelakkan serangan kuman.

Luka pembedahan sesarean boleh dijangkiti kuman menyebabkan takungan nanah atau abcess. Wanita itu akan terasa sakit berdenyut-denyut pada luka menjadikannya merah. Takungan nanah ini perlu dibedah untuk mengeluarkan nanah. Rawatan secara dressing akan dilakukan setiap hari di samping ubat antibiotik untuk dimakan. Luka episiotomi juga boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh. Keadaan ini digelar breakdown. Kejadian ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman atau takungan nanah pada luka.

Jika ini berlaku pembedahan kecil perlu dilakukan untuk setiap hari. Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka di kemaluan.

Jangkitan kuman pada rahim juga boleh berlaku. Tanda-tanda bagi jangkitan kuman pada rahim ialah demam panas, sakit perut dan lendir yang berbau.

PENGALAMAN SAYA
********************
Nak mencelah juga dengan cerita saya boleh tak?

Izinkan laluan cerita ni ya. Saya alhamdulillah bersalin normal so penjagaannya mudah sikit berbanding operate. Make sure pad kena tukar tidak kurang 4jam sekali. Saya tidak kira dah penuh ke belum ke 4 jam WAJIB TUKAR. 

Kalau dah penuh walau baru 2jam memang saya tukar juga. Ini disebabkan orang normal fakta memang kena tukar pad sekurang-kurangnya 4 jam.  So saya pun buat macam tulah. Minyak gamat memang stand by letak kat luka supaya luka cepat kering. Tidak lupa juga lepas cuci miss v MESTI lap sampai kering. Bahaya jika biarkan dia sentiasa lembap dibimbangi jangkitan kuman.

Alhamdulillah dalam SET BERSALIN SHAKLEE ada SUPPLEMEN ZINC so luka memang cepat sembuh. Zinc shaklee ini membantu untuk cepatkan lupa lepas bersalin sembuh. Selain itu, supplemen Zinc ini bukan sahaja sesuai untuk ibu lepas bersalin malah bagi mereka yang lepas menjalani pembedahan juga digalakkan untuk mengambil Zinc untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka luar dan dalam.


 Hubungi sy utk keterangan lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor;


Pn.Eizan (ID 960670)
Tel/SMS/WhatsApp : 019-4178211
Email: ceriasayang87@gmail.com

05 June 2014

LELAKI PERLUKAN ZINC SHAKLEE

Zinc merupakan antara mineral penting yang diperlukan oleh tubuh untuk aktiviti enzim dan sistem badan. Secara umum, zinc membantu baik pulih luka, membantu masalah keguguran rambut dan masalah kulit, dan lain-lain lagi.
 
Namun, terdapat beberapa khasiat Zinc yang menjadikan ia mineral penting bagi LELAKI:
1. MENINGKATKAN KESIHATAN SEKSUAL DAN TESTOSTERON LEVEL
Digelar ‘the ultimate sex mineral’ oleh majalah Men’s Health, zinc mempengaruhi kesuburan, dan kesihatan seksual lelaki untuk jangkamasa panjang. Ia perlu untuk penghasilan sperma, kekurangan zinc boleh menyebabkan semen yang kurang pekat dan kekurangan level testosterone. Untuk setiap ejakulasi, 5mg zinc dikeluarkan (separuh daripada keperluan harian badan). Oleh itu bagi anda yang ingin memulakan keluarga, zinc supplement boleh membantu.
2. MENINGKATKAN MOTILITI SPERMA
Kandungan sperma yang cukup sahaja tidak memadai untuk persenyawaan. Sperma perlu cukup kuat untuk disenyawakan oleh ovum. Jadi, tambahan zinc dalam diet sangat membantu meningkatkan kekuatan sperma anda.
3. MENGURANGKAN RISIKO KANSER PROSTATE
Zinc penting untuk kesihatan prostate. Kajian menunjukkan sel prostate pesakit kanser mengandungi kurang zinc berbanding sel prostate yang sihat. Kurang zinc juga menyebabkan pembesaran prostate mengakibatkan prostitis atau benign prostatic hyperplasia.
Jadi, jangan lupa tambahkan kekacang dalam diet anda untuk sumber zinc yang cukup.
4. MENGURANGKAN SIMPTOM BATUK DAN SELSEMA
Kajian menunjukkan zinc membantu mengurangkan simptom batuk selsema dengan bertindak pada bahagian badan yang menyebabkan batuk selsema, seterusnya mengurangkan simptom tersebut.
5. MERAWAT JERAWAT
Zinc berkesan mengurangkan jerawat, sama ada diambil dalam bentuk tablet atau disapu pada kulit.Ia juga membantu merawat psoriasis, eczema, kudis dan kelemumur
6. MENGELAKKAN ATAU MERAWAT BOTAK
Tanda Alopecia (botak) mungkin terlihat dengan penipisan rambut atau kehilangan rambut yang drastik. Zinc membantu pertumbuhan semula rambut.
Kajian menunjukkan lelaki yang makan daging tanpa lemak lebih jarang menjadi botak berbanding lelaki yang makan daging berlemak kerana daging tanpa lemak merupakan sumber zinc yang tinggi.
Dos supplement zinc yang diperlukan untuk menghalang botak adalah 50-100mg/sehari.
7. ALKOHOL DAN ZINC
Kajian menunjukkan kekurangan zinc boleh mempercepat proses kerosakan hati disebabkan oleh alkohol. Zinc membantu kebolehan antioksidan hati untuk berfungsi dan meningkatkan methallotheinein,sejenis kompaun yang membantu menyingkirkan logam bahaya dari hati.
8. MENINGKATKAN IMUNITI
Zinc bertindak sebagai anti oksidan untuk menyingkirkan radikal bebas dari badan seterusnya membaiki sel dan meningkatkan sistem imun badan.
9. MEMBANTU FUNGSI THYROID
Zinc membantu penghasilan thyroid releasing hormon, untuk penghasilan thyroxine. Jadi ia sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah hypothyroidism.
10. ZINC DAN BAIKPULIH
Sukan boleh menyebabkan tekanan pada sistem otot dan tulang. Tekanan ini menyebabkan kekurangan zinc yang banyak disimpan di dalam otot tubuh. Oleh kerana zinc penting untuk pembinaan semula sel, adalah penting bagi lelaki yang aktif untuk memastikan kandungan zinc yang cukup untuk pembentukan semula sel yang sihat dalam badan.
 
********************************
 Hubungi sy utk keterangan lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor;
Pn.Eizan (ID 960670)
Tel/SMS/WhatsApp : 019-4178211
Email: ceriasayang87@gmail.com

© Vitamin Ceria Sihat | Template Designed By Blog Bingkisan Hati