08 June 2014

INVERTED NIPPLE DAN TIPS PENYUSUAN

Assalamualaikum semua. 

Apa pula inverted nipple nie? Saya pun baru tahu so saje nak share dengan anda semua.Mungkin ada yang dah biasa dengar istilah ini. Tapi bagi mommy muda macam saya mungkin ni 1st time dengar. Sebelum kahwin dulu kurang terdedah dengan isu-isu macam ni so bila dah ada anak ni barulah mula membaca dan mengkaji isu-isu penyusuan baby, kehamilan dan masalah dan macam-macam lagi.Betul tak???

Okay, inverted nipple ni sebenarnya masalah puting tenggelam. Keadaan ini biasanya mommy semua mesti terfikir tak boleh menyusukan baby secara direct. Ada sesetengah tu pula terus pam sendiri dan bagi baby minum dalam botol je. 

Sebenarnya mommy ini masih berpeluang untuk menyusukan si manja secara direct tanpa ragu. Jika niat murni anda untuk pam susu baby itu adalah niat yang sangat murni dan dont give up. 



Semoga tips di bawah ini bermanfaat dan membantu mommy yang mempunyai masalah inverted nipple:

* Lekapan yang betul
- -> Mommy perlu ingat bahawa lekapan yang betul amat penting dalam menjayakan penyusuan susu mommy sehingga anak berumur 2 tahun. Semasa menyusukan, pastikan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) juga masuk ke dalam mulut bayi. Bukan puting sahaja. Jadi setiap kali menyusukan cuba masukkan sebanyak mungkin areola ke dalam mulut bayi. Ya, ianya sesuatu yang bukan mudah tetapi lama-kelamaan bayi akan pandai menyusu

* Picagari khas untuk mengeluarkan puting
--> Kaedah ini biasanya dilakukan oleh jururawat di hospital. Puting akan ditarik keluar dengan menggunakan picagari khas tersebut. Namun kaedah ini agak menyakitkan

*Kerap pam susu
--> Apabila kita mengepam susu, puting juga akan keluar sedikit demi sedikit. Makin kerap anda menyusu, makin banyak peratus puting yang keluar

* Gunakan nipple shield
--> Pakai nipple shield semasa menyusukan anak. Ia akan membentuk puting dan memudahkan anak untuk menghisap susu

* Urutan
--> Urut payudara dari atas menghala ke puting dan berikan sedikit tekanan di bahagian puting sambil menarik keluar perlahan-lahan untuk mengelakkan tisu cedera. 



NAK DAPATKAN SET PENYUSUAN TERBAIK klik di sini:

http://ceriavitaminsayang.blogspot.com/2014/05/set-penyusuan-pilihan-ibu-bijak.html


Hope tips-tips yang saya share ini bermanfaat buat mommy yang mengalami inverted nipple. Walaupun perjalanan penyusuan mommy mungkin agak sukar, YAKINLAH usalah mommy untuk susukan anak memberi impak yang sangat baik. Kesihatan, psikologi dan minda anak juga akan terjamin.

No comments:

Post a Comment

© Vitamin Ceria Sihat | Template Designed By Blog Bingkisan Hati